Nazim Othman muncul dalam program Korea - Utusan Malaysia

Nazim Othman muncul dalam program Korea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Julai – Biarpun sering dikritik oleh netizen, kononnya perasan diri seperti artis K-Pop, pelakon Nazim Othman tidak pernah ambil kisah.

NAZIM OTHMAN (kanan) ditemu bual oleh hos program One Night Food Trip, Cho Se-ho.

Sikapnya yang tidak mengendahkan komen tersebut akhirnya membawa tuah kepada pelakon drama bersiri Monalisa itu kerana diundang menjadi tetamu program, One Night Food Trip, terbitan stesen TVN dari Korea.

Nazim, 34, menerusi laman sosial Instagramnya memberitahu, dia suka tampil seperti gaya orang Korea terutamanya golongan artis kerana itu kesukaannya.

Malah, dia turut memuat naik foto penggambaran program tersebut sewaktu ditemu bual oleh pengacara One Night Food Trip, pelakon komedi, Cho Sae-ho.

“Saya tak marah pun orang mengata saya itu ini… sebab cara saya bawa diri membuka peluang-peluang yang bukan biasa-biasa. Kali ini saya bersyukur dapat bekerjasama dengan pihak stesen TVN dari Korea untuk muncul dalam program One Night Food Trip yang akan ditayangkan di sana tak lama lagi.

“Selain itu, orang luar tak tau, tajaan untuk saya jadi duta beberapa produk macam Clear Men Shampoo, aplikasi mobil LINE, Himalaya dan lain-lain sebelum ini pun sebab memang pelanggan nak cari orang yang boleh membawa gaya atau penampilan tersendiri.

“Jadi, pengajaran daripada itu, kau buatlah apa saja yang kau nak buat selagi tak mengganggu sensitiviti dan tak merosakkan diri, teruskan saja minat kau itu. Biarkan saja orang yang cuma tahu membawang (mengata) tanpa hasil. Yang penting, kau terus maju ke depan..janji dapat pendapatan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN