KUALA LUMPUR – Naza Premira Sdn. Bhd. tidak lagi menjadi pengedar motosikal Aprilia di Malaysia berkuat kuasa mulai 31 Julai ini. Dalam kenyataan hari ini, Kumpulan Naza berkata, ini adalah susulan pelan rasionalisasi hasil daripada strategi korporat menyeluruh kumpulan itu bagi memastikan kemampanan jangka panjang dan keuntungan jenama dua roda dan empat roda berprestasi lebih tinggi yang lain, selari permintaan pasaran semasa. Syarikat itu bagaimanapun akan terus memberi perkhidmatan selepas jualan, alat ganti dan jaminan kepada pelanggan Aprilia sedia ada sehingga 30 September depan. Ia berkata, Naza Premira akan terus mewakili jenama Piaggio dan Vespa di Malaysia. – Bernama
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya