KUALA LUMPUR 10 Julai – Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Ir. Nawawi Ahmad mengumumkan akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi syarikat pengendali perkhidmatan kereta api kebangsaan itu, pada hujung bulan ini.
Saya membuat keputusan dan mengambil tindakan sepatutnya untuk meletakkan jawatan ini.
“Ini membolehkan KTMB bergerak selari dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Sambutan Hari Raya KTMB di Ibu Pejabat KTMB, Jalan Sultan Hishamuddin, di sini hari ini.
Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd. Rani Hisham Shamsuddin.- UTUSAN ONLINE








