Nasib Razif ditentukan presiden parti - Utusan Malaysia

Nasib Razif ditentukan presiden parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Nasib Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman akan ditentukan selepas mesyuarat pemimpin tertinggi parti negeri bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak lama lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Setiausaha badan perhubungan itu, Datuk Muhammad Pehimi Yusoff berkata, ketika ini, Ahmad Razif masih memegang jawatan tersebut dan ia bergantung kepada budi bicara presiden parti sama ada mahu mengekalkan beliau atau menggantikannya dengan orang lain.

 Ahmad Razif tewas dalam pemilihan sebagai Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus dalam mesyuarat perwakilan yang berlangsung semalam.

“Saya percaya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan turun ke Terengganu dalam masa terdekat untuk mengadakan perbincangan mengenai pelbagai perkara bersama pemimpin negeri termasuk jawatan pengerusi badan perhubungan negeri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ahmad Razif yang juga bekas Menteri Besar tewas tipis kepada naib ketua bahagiannya, Apli Yusoff dengan majoriti 41 undi pada mesyuarat perwakilan semalam apabila hanya memperolehi 424 undi berbanding Apli yang memperolehi 465 undi. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN