Najib tiba di Mahkamah Kuala Lumpur bagi hadapi pertuduhan pecah amanah - Utusan Malaysia

Najib tiba di Mahkamah Kuala Lumpur bagi hadapi pertuduhan pecah amanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini pada pukul 8.17 pagi tadi bagi menghadapi pertuduhan kes penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. melibatkan RM42 juta.

Ahli Parlimen Pekan berkenaan yang dilihat memakai kot berwarna biru gelap tiba di pekarangan kompleks mahkamah berkenaan dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Inspira berwarna merah.
  
Sebaik tiba, Najib dikawal ketat sambil diiringi pasukan polis dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dibawa masuk ke dalam mahkamah.

Keadaan menjadi sedikit tegang apabila kira-kira 50 orang penyokong Najib meluru ke arahnya untuk berjumpa dan bersalaman sebelum didakwa di mahkamah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, pekarangan kompleks mahkamah dipenuhi ratusan wakil media tempatan dan antarabangsa sejak pukul 6 pagi lagi bagi melaporkan perkembangan terkini terhadap kes yang membabitkan bekas Perdana Menteri itu.

Kosmo! hari ini melaporkan, Najib telah ditahan oleh pegawai SPRM di rumahnya di Jalan Langgak Duta di sini pada pukul 2.35 petang semalam berkaitan kes bekas anak syarikat 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), SRC International Sdn. Bhd.

SRC International ialah sebuah daripada anak syarikat firma pelaburan milik penuh kerajaan 1MDB sebelum diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN