Najib dijangka berdepan lebih banyak pertuduhan - Utusan Malaysia

Najib dijangka berdepan lebih banyak pertuduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan berdepan lebih banyak pertuduhan pada masa akan datang.

Peguam Negara, Tommy Thomas memberitahu, perkara itu bergantung pada kertas siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Pertuduhan yang dibuat hari ini adalah berdasarkan kertas pertuduhan yang diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara, tiga minggu lalu. Saya difahamkan SPRM akan menghantar beberapa lagi kertas siasatan kepada kami,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menjawab pertanyaan sama ada akan ada lebih ramai individu akan didakwa berhubung SRC International Sdn. Bhd. atau 1MDB, Thomas yang tidak menafikan perkara tersebut tetapi ia juga bergantung kertas siasatan oleh SPRM.

Sementara itu, Tommy menyuarakan keyakinannya akan dapat membuktikan kes prima facie terhadap Najib pada perbicaraan yang dijangka akan berlangsung tahun hadapan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN