MySolar: SMK Ungku Aziz menangi Anugerah Rekabentuk Terbaik - Utusan Malaysia

MySolar: SMK Ungku Aziz menangi Anugerah Rekabentuk Terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM 20 Julai – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ungku Aziz berjaya memenangi Anugerah Rekabentuk Terbaik (The Best Design Award) kereta solar dalam pertandingan 4th Malaysia Indoor Solar Competition (MySolar) peringkat kebangsaan, 8 Julai lalu.

Pengurus SMK Ungku Aziz, Noriza Bakri berkata, pasukan kereta solar sekolah itu dianggotai seramai tujuh orang pelajar terdiri daripada pelajar tingkatan empat dan lima.

Katanya, pertandingan yang berlangsung di Planetarium Negara Kuala Lumpur itu melibatkan penyertaan 54 pasukan meliputi para pelajar dari Malaysia dan Indonesia.

“Pelajar sangat teruja menyertai pertandingan tersebut, apatah lagi ia merupakan penyertaan pertama bagi SMK Ungku Aziz. Pertandingan ini memberi pendedahan serta galakan kepada pelajar untuk memahami serta mengapikasikan potensi sumber tenaga alternatif iaitu tenaga solar.

“Alhamdulillah, kita berjaya bagi kategori rekabentuk terbaik. Ini adalah permulaan kepada SMK Ungku Aziz untuk menyertai lebih banyak pertandingan sains dan teknologi di peringkat lebih tinggi pada masa depan,” kata Noriza ketika ditemui di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN