Murid maut dihempap pokok - Utusan Malaysia

Murid maut dihempap pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH – Kegembiraan dua rakan pulang daripada beraya berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut ditimpa sebatang pokok tamalan yang tumbang dalam kejadian ribut di Felda Jenderak Selatan, Kuala Krau petang semalam.

Dalam kejadian pukul 4.40 petang itu, kedua-dua mereka dikatakan dalam perjalanan pulang dengan menunggang motosikal selepas menghadiri sambutan hari raya yang diadakan di Dewan Felda Jenderak Selatan.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, mangsa Nur Damia Hannah Kamarudin, 11, disahkan meninggal dunia pada pukul 9 malam semalam, semasa menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, rakan mang­sa, Nur Nabila Natasha Nizan, 12, yang membonceng motosikal milik ibu mangsa itu pula kini ditempatkan di Unit Ra­watan Rapi (ICU) hospital yang sama akibat kecederaan dalaman.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN