Mourinho tagih kehebatan Pogba - Utusan Malaysia

Mourinho tagih kehebatan Pogba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES 19 Julai – Pengurus Manchester United Jose Mourinho yakin karier Paul Pogba akan lebih menyerlah di Old Trafford selepas menjulang trofi Piala Dunia 2018 Rusia bersama Perancis.

Biarpun Mourinho menjangkakan Pogba tidak dapat bersama United untuk musim baharu Liga Perdana Inggeris yang akan bermula bulan depan, namun pengendali tersebut percaya pemain tengah itu pasti berada dalam prestasi terbaik apabila melaporkan diri di United


“Ramai pemain yang bagus namun tidak berpeluang untuk muncul juara dunia atau negara mereka tidak cukup kuat sebagai satu pasukan.

“Menang Piala Dunia bagi saya adalah satu perkara positif dan ia menjadi idaman semua orang. Jadi amat sukar untuk mengatakan menang Piala Dunia tidak bagus untuk karier seseorang pemain. Ia menakjubkan, hebat.

“Saya rasa ia adalah Piala Dunia pertama dilalui Paul, kemudian bergelar juara dunia. Sudah tentu sesuatu yang menakjubkan,” katanya pada permulaan jelajah pramusim United di Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, Mourinho menyifatkan masa depan Pogba bersama skuad kebangsaan Perancis akan lebih cerah kerana mereka memiliki pemain dari kejohanan Euro dan Piala Dunia.

“Dia perlu faham tentang kehebatan, tahap persembahan dan sumbangannya kepada pasukan juara. Penting juga untuknya memahami mengapa dia terlalu bagus pada separuh masa kedua di pentas akhir (menentang Croatia). Bagi saya dia cemerlang,” ujarnya.

Pogba menjadi bahan kritikan menjelang kejohanan di Rusia itu susulan prestasinya yang hambar selain sering diketepikan di United.

Bagaimanapun pemain berusia 25 tahun itu memainkan peranan penting dalam kejayaan Perancis di Russia, terutama pada final apabila dia meledak gol ketiga untuk skuad bimbingan Didier Deschamps ketika menumbangkan Croatia 4-2.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN