SEDEKAD bertapak dalam industri seni, perjalanan seninya penuh cerita suka dan duka. Tiada siapa menyangka yang dia mampu bertahan selama itu dan memercik warna seni membentuk lukisan yang cukup indah. Tulus nyanyiannya benar-benar menjadikan Imran Ajmain salah seorang penyanyi lelaki yang jujur pada tiap butir kata dan suara. Melunaskan impian tampil dengan konsert sulung, Sepuluh Tahun Pertama di Esplanade, Singapura, Imran membuktikan pengalaman yang dikutip selama bergelar anak seni benar-benar mematangkannya. Memulakan persembahan menerusi lagu pertama yang memperkenal dirinya dalam industri seni, Sudah Tu Sudah, Imran mengakui, dia sebenarnya terlalu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya