Mesyuarat tarikh PRK DUN Balakong, 30 Julai - Utusan Malaysia

Mesyuarat tarikh PRK DUN Balakong, 30 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 27 Julai – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas pada Isnin ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong.

Setiausaha SPR, Datuk Mohamed Elias Abu Bakar berkata, pihaknya telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Ng Suee Lim hari ini berhubung dengan kekosongan kerusi DUN tersebut.

Beliau berkata, pemakluman tersebut ekoran kematian penyandangnya, mendiang Ng Tien Chee pada 20 Julai lalu dalam satu kemalangan jalan raya di Kajang, Selangor.

“Sehubungan itu, SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas pada 30 Julai ini, pukul 10 pagi bertempat di ibu pejabat SPR Putrajaya di sini,” kata kenya­taan itu.

Mesyuarat Khas yang di­pe­ngerusikan Timba­lan Pe­ngerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood itu akan membincangkan tarikh-tarikh pen­ting PRK seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang bakal digunakan serta persiapan-persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×