Mesyuarat Kabinet ditukar Jumaat - Utusan Malaysia

Mesyuarat Kabinet ditukar Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Julai – Mesyuarat mingguan Kabinet akan diubah ke hari Jumaat bermula minggu depan bagi menghormati persidangan Dewan Rakyat.

Mesyuarat Kabinet ditukar Jumaat
Nga Kor Ming

Perkara tersebut disahkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming sambil menjelaskan, sekiranya tiada persidangan di Parlimen, maka mesyuarat Kabinet kekal Rabu.

“Bermula minggu depan dan seterusnya dari hari Rabu, ubah ke Jumaat. Saya tak nak yang lain melalaikan tugas, tapi keutamaan harus diberikan kepada Parlimen.

“Saya faham tanggungjawab menteri yang mempunyai bebanan kerja lagi namun keutamaan harus diberikan kepada sesi Dewan Rakyat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan mempertimbangkan cadangan untuk mengubah mesyuarat Kabinet kepada Jumaat.

“Ya, kita sedang mempertimbangkan untuk tukar mesyuarat Kabinet dari hari Rabu kepada Jumaat sepanjang sidang Dewan Rakyat.

“Kita mungkin akan bermesyuarat pada Jumaat minggu depan,” katanya.

Semalam beberapa ahli Parlimen pembangkang memaklumkan kerusi menteri Pakatan Harapan kosong ketika perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menyarankan kerajaan mengubah mesyuarat Kabinet kepada hari Jumaat, bukannya Rabu kerana mengganggu perjalanan Parlimen. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN