ASUNCION 27 Julai – Menteri Agrikultur Paraguay dan Timbalannya merupakan antara empat yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas berhampiran sempadan Argentina, kelmarin. Menurut pihak berkuasa semalam, pesawat ringan tersebut berlepas dari pekan Ayolas pada tengah hari Rabu namun terhempas beberapa minit kemudian dengan jarak lokasi kejadian hanya lapan kilometer dari lapangan terbang. Tiada mangsa terselamat dalam nahas tersebut. Mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Menteri Agrikultur, Luis Gneitting, Timbalannya, Vicente…









