MBPJ anjur Bengkel Bajet 2019 libatkan ahli Parlimen, ADUN, ahli majlis - Utusan Malaysia

MBPJ anjur Bengkel Bajet 2019 libatkan ahli Parlimen, ADUN, ahli majlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Julai – Bagi mendapatkan input, cadangan dan idea untuk penyediaan bajet tahun 2019, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengambil inisiatif mengadakan sesi Bengkel Bajet 2019 bersama wakil-wakil penduduk di Dewan D’Kelana, SS7/15, Kelana Jaya hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

MBPJ dalam satu kenyataan memaklumkan, penganjuran bengkel yang turut disertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) itu berbeza berbanding tahun sebelumnya apabila sesi tersebut disertai Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Majlis.

“MBPJ membuka ruang untuk pemegang saham memberikan sebarang bentuk cadangan dan penambahbaikan untuk pihak berkuasa tempatan itu melaksanakan pada tahun hadapan. Sebuah pautan khas dalam talian turut disediakan di laman web rasmi MBPJ bagi memudahkan orang awam memberikan idea bermula 12 Jun lalu sehingga 15 Julai ini,” menurut kenyataan tersebut di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN