Mbappe pemain bawah 21 termahal - Utusan Malaysia

Mbappe pemain bawah 21 termahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 20 Julai – Kylian Mbappe menjadi pemain bawah 21 termahal di dunia selepas bintang Perancis itu dilaporkan bernilai 171.5 juta pound (RM907 juta) manakala penyerang Manchester United, Marcus Rashford menduduki tangga kedua bernilai 79.5 juta pound (RM420 juta), sekali gus mempunyai perbezaan harga 92 juta pound (RM489.41 juta).

Nama Mbappe menjadi se­butan selepas penyerang Paris Saint Germain (PSG) itu mempamerkan prestasi menakjubkan apabila menjaringkan salah satu gol ketika Perancis muncul juara Piala Dunia apabila menewaskan Croatia 4-2.

Selepas aksi cemerlangnya di Rusia yang menyaksikan Mbappe menjaringkan empat gol, Mbappe mencipta kejutan apabila muncul pemain muda termahal di dunia berdasarkan pasaran semasa.

Bagaimanapun dua pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) berada dalam kelompok tiga pemain termahal apabila penyerang Manchester City, Gabriel Jesus berada di belakang Rashford dengan nilai 78.6 juta pound (RM415 juta)

Pemain tengah Fulham, Ryan Sessegnon berada di tangga ke-11 bernilai 45.8 juta pound (RM242 juta) manakala bintang muda Liverpool, Trent Alexander-Arnold di kedudukan ke-12 dengan nilai 45.3 juta pound (RM239 juta).

Mbappe penjadi pemain pertama yang dinilai melebihi 100 juta pound (RM528 juta) berdasarkan laporan tahunan yang digunakan oleh Prime Time Sport’s Football Value Index bagi menentukan kedudukan pemain yang lahir pada atau selepas 1 Januari 1997.

Laporan tersebut dibuat berdasarkan umur, posisi, kelab semasa, tempoh kontrak, ramalan nilai pasaran, penampilan bersama skuad kebangsaan, minit beraksi, gol, kecederaan dan kualiti teknikal pemain yang menjadi kriteria utama sebelum nilai akhir dilakukan.

Peningkatan 66 peratus daripada penilaian yang dilakukan ke atas 20 pemain bertaraf bintang berdasarkan 12 bulan lalu yang dijangka akan menerima kesan daripada perpindahan Neymar dari Barcelona ke PSG dengan nilai 198 juta pound (RM1 bilion).

Perancis mendominasi dalam senarai 20 pemain termahal namun buat pertama kali tiada pemain Jerman dalam senarai 20 ter­atas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN