TUMPAT – Mayat seorang lelaki yang telah reput ditemukan orang awam dalam semak di Kampung Telaga Bata di sini, hari ini. Penghulu Mukim Bunohan, Abdullah Yunus berkata, mayat yang tinggal rangka itu ditemui kira-kira pukul 9 pagi tadi dalam keadaan terlentang lengkap berpakaian dipercayai terjatuh daripada pokok kelapa. “Sebilah parang serta selipar dipercayai milik lelaki berkenaan turut ditemui di pangkal pokok berkenaan. Penduduk kampung beritahu saya mereka menghidu bau busuk…










