BAGAN SERAI – Mayat seorang lelaki yang tidak diketahui identiti ditemui hanya berseluar dalam di kawasan paya bakau Parit Sungai Betul Bawah dekat Tanjung Piandang di sini semalam. Ketua Polis Daerah Kerian,Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu selepas menerima aduan daripada orang awam menerusi panggilan telefon pada pukul 9.35 pagi tadi sebelum bergegas ke lokasi tersebut. Jelasnya, siasatan awal mendapati, lokasi penemuan mangsa berhampiran…










