TOKYO – Pihak berkuasa Jepun semalam membakar mayat ketua ajaran sesat Aum Shinrikyo, Shoko Asahara yang bertanggungjawab melancarkan serangan gas sarin pada tahun 1995, kata seorang peguam anak perempuannya. Waris Ashara, 63, kini menuntut abu mayatnya. Ketua kultus sesat itu menjalani hukuman mati bersama enam pengikutnya pada Jumaat lepas. “Saya mengesahkan pembakaran mayat bekas banduan hukuman mati, Chizuo Matsumoto,” kata peguam berkenaan, Taro Takimoto di lama blognya. Dia menggunakan nama…