Mayat berulat dijumpai di dalam paya - Utusan Malaysia

Mayat berulat dijumpai di dalam paya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR 28 Julai – Mayat lelaki yang hanya berseluar dalam ditemukan dalam keadaan tertiarap dan berulat di dalam paya berhampiran kolam udang di Sungai Betul Bawah, Tanjung Piandang, di sini semalam.

Mayat yang tidak dapat dikenal pasti identitinya itu dijumpai oleh seorang lelaki berusia 56 tahun yang pergi ke kawasan tersebut untuk mencari ketam pada pukul 8 pagi.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pemeriksaan terhadap mayat yang tertiarap di atas lumpur itu mendapati ia telah pun berulat dan berbau.

Katanya, tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai dan identiti si mati juga tidak dapat dikenal pasti ekoran wajahnya telah mulai reput.

“Mayat tersebut diangkat ke tepi jalan tali air dan pemeriksaan fizikal luaran mendapati tisu dan kulit badan mangsa telah tertanggal dari tulang dan berulat.

“Pemeriksaan awal mendapati, tiada sebarang luka atau kesan yang menunjukkan unsur-unsur jenayah pada mayat mangsa malah tiada senjata ditemukan di tempat kejadian dan kawasan berhampiran,” katanya, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN