KEMAMAN 27 Julai – Seramai 79 mat rempit yang ditahan kerana lumba haram diberikan tazkirah dan dibawa menunaikan solat subuh berjemaah serta membaca Yasin di Masjid Sultan Ahmad Shah, di sini pagi tadi. Selain tindakan undang-undang, ia sebagai satu pendekatan bagi menyedarkan mereka tentang perlakuan buruk seakan menempah maut bagi diri sendiri dan mengancam nyawa orang lain serta menyimpang dari agama. Mereka ditahan dalam Ops Bersepadu Samseng Jalanan Daerah Kemaman…










