KANGAR 26 Julai – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah, masjid bukan hanya menjadi tempat beribadat khusus bagi umat Islam sebaliknya turut menjadi pusat ilmu yang dinamik dan terbuka kepada pelbagai disiplin ilmu. Baginda bertitah, ilmu tersebut termasuk di dalam bidang profesional seperti kesihatan, perundangan dan bidang kemahiran. Titah baginda, pengajaran ilmu ini amat penting supaya masyarakat tidak ketinggalan dalam kemajuan dan isu-isu semasa serta berupaya membuat penilaian melalui…










