Masjid Jamek Sungai Gelugor pasang AED - Utusan Malaysia

Masjid Jamek Sungai Gelugor pasang AED

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 6 Julai – Masjid Jamek Sungai Gelugor di sini menjadi masjid pertama di Pulau Pinang memasang AED atau defibrilator luaran automatik bagi membantu mangsa serangan jantung mengejut.

Exco Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Afif Bahardin berkata, pihaknya menghargai peranan yang diambil oleh pihak masjid bagi memasang alat itu yang boleh digunakan oleh jemaah.

Menurutnya, beliau difahamkan pernah berlaku kes serangan jntung mengejut di masjid itu namun mujurlah mangsa segera dihantar ke hospital.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berdasar maklumat masjid ini juga mungkin yang pertama di Malaysia memiliki AED jadi kita amat galakkan lebih banyak masjid dan institusi memiliki alat ini di premis mereka.

“Pada masa ini terdapat 36 lokasi yang telah dipasang AED selain telah melatih 25,000 individu untuk menggunakan alat terbabit,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi masjid itu Mohd. Ali Mohd. Yusof dan Naib Presiden Operasi Asia Pasifik Zoll Medical Singapore Pte. Ltd, Christopher Barnabas iaitu pembekal AED. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN