APAKAH kementerian yang benar-benar sesuai serta layak untuk mengurus/mengendalikan hal-ehwal kesusasteraan dan kebudayaan (merangkumi produk/isu semasa dan warisan/lama) negara kita? Sepanjang pengetahuan saya, kementerian yang berkaitan dengan hal berkenaan kerap bertukar nama dan menteri. Pada 1970-an, ada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia (KKBS). Antara yang pernah menjadi menteri KKBS ialah Allahyarham Tan Sri A. Samad Idris (1970-an), dan mantan Timbalan Perdana Menteri yang kini Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat/Pakatan…










