Marquez tempah petak depan pada GP Jerman - Utusan Malaysia

Marquez tempah petak depan pada GP Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERMAN – Pendahulu kedudukan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), pelumba Repsol Honda Marc Marquez menempah petak hadapan Grand Prix (GP) Jerman keenam berturut-turut dengan perbezaan 0.025 saat (s) di hadapan pelumba, Danilo Petrucci malam tadi.

Lebih mengagumkan, Marquez yang mencatatkan rekod pusingan baharu dengan catatan 1 minit 20.270s itu tampil pada ujian kelayakan setelah mencatat rekod kurang baik pada keempat-empat sesi latihan sesi latihan kelmarin.

Pelumba Ducati, Jorge Lorenzo pula meraih slot ketiga setelah menamatkan perlumbaan 0.057s di belakang Marquez, manakala Maverick Vinales merupakan pelumba terpantas Yamaha yang akan memulakan perlumbaan di petak keempat.

Barisan kedua dibarisi pelumba Ducati, Andrea Dovizioso yang me­lakukan catatan 1.20.444s serta diikuti oleh wakil Yamaha, Valentino Rossi dan pelumba LCR Honda, Cal Crutchlow.

Dalam pada itu, Andrea Iannone yang berada 0.412s di belakang Marquez akan memulakan saingan buat Suzuki pada kedudukan kelapan dan pelumba Aspar Ducati, Alvaro Bautista melengkapkan petak kesembilan.

Bakal menggantungkan jaketnya pada hujung musim ini, Dani Pedrosa yang mewakili Honda memulakan saingan terakhir MotoGP di Litar Sachsenring, Jerman di petak ke-10. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN