Mara ke final Piala Dunia satu keajaiban - Mandzukic - Utusan Malaysia

Mara ke final Piala Dunia satu keajaiban – Mandzukic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW – Penyerang Croatia, Mario Mandzukic mengakui kejayaan melangkah ke pentas akhir Piala Dunia buat pertama kali sebagai satu keajaiban selepas menewaskan England 2-1 dalam aksi separuh akhir awal pagi tadi.

Sebagai rekod, ini merupakan kali pertama pasukan Eropah itu layak ke final Piala Dunia selepas pencapaian terbaik mereka sebelum ini adalah pada edisi 1998 ketika terkandas di pentas separuh akhir.

Mandzukic yang muncul wira buat pasukan Croatia selepas meledak gol kemenangan ke atas skuad Three Lions percaya rakan-rakan sepasukannya telah melakukan perkara yang di luar jangkaan dengan kejayaan menempah tiket final menentang Perancis, Ahad ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini adalah satu keajaiban kerana bukan mudah untuk bangkit daripada ketinggalan dan sekali gus menyingkirkan England.

“Kami mungkin tidak beraksi begitu baik ketika menewaskan Denmark dan Rusia tetapi kami buktikan bahawa kami layak berada di final dengan persembahan yang kami pamerkan hari ini. Harap momentum dapat diteruskan dalam aksi bertemu Perancis nanti,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×