Mangsa paling lemah dikeluarkan dahulu - Utusan Malaysia

Mangsa paling lemah dikeluarkan dahulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAE SAI, Thailand 9 Julai – Operasi menyelamatkan sembilan lagi pemain bola sepak dan jurulatih mereka yang terperangkap di dalam gua Tham Luang disambung hari ini, dengan pasukan penyelamat menyasarkan empat lagi mangsa akan dibawa keluar.

Tidak dinyatakan bila operasi hari ini akan tamat, namun pasukan penyelamat menjangkakan ia akan mengambil masa selama enam ke lapan jam.

Sementara itu, empat mangsa yang telah dibawa keluar semalam kini ditempatkan di Hospital Chiang Rai dan akan menjalani proses kuarantin selama dua hari.

Mereka yang berumur di antara 11 hingga 15 tahun itu dilaporkan sebagai ‘mangsa yang paling lemah’ dibawa keluar terlebih awal.

Operasi semalam berjaya ditamatkan dengan lebih awal kerana usaha mengepam keluar air yang bermula sejak awal operasi menyelamat dijalankan berjaya mengeluarkan kira-kira 190 juta liter air menyebabkan sebahagian kawasan boleh di rentas dengan hanya berjalan kaki. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN