KUALA LUMPUR 28 Julai – Malaysia mengutuk keras serangan pasukan keselamatan Israel terhadap umat Islam yang mengerjakan solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa, Baitulmuqaddis, semalam. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, sehubungan itu beliau menyeru dan menggesa masyarakat antarabangsa untuk bersama-sama menghentikan tindakan biadab demikian di tempat ibadat. “Malaysia dengan tegas mengutuk serangan Israel di kompleks Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis semasa solat Jumaat selepas dikatakan pemuda…










