Malang tidak berbau - Utusan Malaysia

Malang tidak berbau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 JULAI – Antara punca yang sering dikaitkan de­ngan kemalangan ja­lan raya adalah sikap pemandu cuai dan tidak berhemah namun jarang sesekali faktor keselamatan struktur jalan dinilai dan ambil kira.

Walhal keadaan jalan yang berselekoh tajam, permukaan beralun, licin dan berlubang sebenarnya juga mampu mengancam nyawa pemandu sehingga di sesetengah lokasi dilabel sebagai kawasan kemalangan.

Jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand, keselamatan struktur jalan raya di negara ini sebenarnya masih jauh ketinggalan bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan kurang diberi perhatian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar stesen Transit Aliran Ringan Salak Selatan di sini mendapati laluan yang bermula dari simpang Jalan Sri Permaisuri 6 hingga Jalan Sri Permaisuri 10 berada dalam ke­adaan yang cukup daif.

Kerosakan yang telah lama berlaku dan menjadi sem­akin teruk itu bukan sahaja mengganggu kelancaran aliran trafik terutama ketika waktu sesak bahkan berisiko me­ngundang kemala­ngan pada bila-bila masa.

Malang tidak berbau. Walaupun ia merupakan laluan utama bagi penduduk sekitar Bandar Sri Permaisuri, ia se­olah-olah dipandang sepi oleh pihak berwajib dan terbiar sejak sekian lama tanpa penurapan semula.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN