Lima rumusan hari kedua sidang Dewan Rakyat - Utusan Malaysia

Lima rumusan hari kedua sidang Dewan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

1. Tun Dr. Mahathir Mohamad


Kali pertama menjawab soalan di Dewan Rakyat selepas 15 tahun meninggalkannya, Dr. Mahathir masih belum hilang ‘sentuhan berbisa’.


Menjawab pertanyaan mengenai isu 10 janji 100 hari Pakatan Harapan, Dr. Mahathir seperti dijangkakan memberikan jawapan ringkas tetapi sinis.


Banyak terjemahan daripada sindiran yang dilontarkan daripada jawapan beliau (boleh rujuk laporan Utusan Malaysia), namun itulah Dr. Mahathir. 


Wartawan kalau mahu bertanya pun kena susun ayat betul-betul, bimbang dibalas dengan sindiran.


Selamat kembali Tun!!!


KETUA Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas selesai
 

2. Ketua Pembangkang


Berbahas sebagai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi gambaran yang positif.


Lenggok tubuhnya juga meyakinkan, tidak kekok dan tidak takut untuk ‘menjentik’ sentimen penyokong kerajaan.


Ucapan perbahasan kali pertama sebagai Ketua Pembangkang sarat dengan ‘serangan’ serta teguran terhadap 10 janji 100 hari Pakatan Harapan yang masih belum tertunai sepenuhnya, meskipun berbaki 30 hari.


Semoga menjadi Ketua Pembangkang berwibawa.



KUALA LUMPUR 19 JULAI 2018 - Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor
 

3. Profesionalisme Nga Kor Ming


Jika Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Ariff Md. Yusof serta Timbalannya, Datuk Mohd. Rashid Hasnon terpinga-pinga mengendalikan sidang Dewan Rakyat kali pertama, tetapi berbeza kepada Kor Ming.


Berbekalkan pengalaman sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebelum ini, Kor Ming tiada masalah mengendalikan persidangan.


Malah, beliau menerima pujian daripada Ahmad Zahid kerana bersikap adil ketika menjalankan tugas.


Dikenali sebagai ahli politik bermulut ‘celopar’ dan kontroversi, namun perlu diakui Kor Ming memberi gambaran positif sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan pada penampilan pertama beliau.


Tahniah Yang Berhormat!! Semoga konsisten.


AHLI Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh (kanan) dan Ahli
 

4. Jelutong ‘penyokong kuat’ kerajaan


Ketika Barisan Nasional (BN) menjadi kerajaan, individu seperti Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh), Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) dan Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim merupakan antara Ahli Parlimen yang sentiasa menjadi ‘penyokong’ dan ‘mempertahankan’ kerajaan di Dewan Rakyat.


Kini, setelah Pakatan Harapan mengambil alih, wakil rakyat yang kerap bangkit mempertahankan kerajaan dan ‘menyerang’ wakil pembangkang ialah, RSN Rayer (PH-Jelutong).


Beliau kali pertama dipilih sebagai Ahli Parlimen dan bersidang kali pertama di Dewan Rakyat. Sebelum ini, Rayer selama dua penggal merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Pulau Pinang.


Keterujaan beliau untuk mempertahankan kerajaan boleh dilihat dengan jelas. Banyak mencelah apabila kerajaan atau menteri dikritik.


Sehingga disindir Ahmad Zahid kerana tersilap memetik peraturan mesyuarat.


senjata
 
Ronald Kiandee
Ronald Kiandee

5. Senjata BN


Dua bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Ismail Mohamed Said dan Datuk Seri Ronald Kiandee jelas menjadi ‘senjata’ pembangkang khususnya BN.


Sejak sidang bermula semalam, dua Ahli Parlimen ini merupakan yang lantang bersuara mempersoalkan tindak-tanduk penyokong kerajaan.


Tidak pelik memandangkan kedua-duanya sangat memahami selok-belok perbahasan Dewan Rakyat, malah arif dengan peraturan-peraturan mesyuarat berbekalkan pengalaman sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan.


Senjata yang ‘berbisa’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN