Lembaga Displin UMNO siasat dakwaan politik wang - Utusan Malaysia

Lembaga Displin UMNO siasat dakwaan politik wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Julai – Dakwaan calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah kononnya berlaku amalan politik wang dalam pemilihan parti itu semalam akan diserahkan kepada Lembaga Disiplin UMNO untuk menyiasat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sekiranya benar perkara itu berlaku, pihaknya tidak akan teragak-agak melakukan tindakan tata tertib ke atas mereka yang bersalah.

“Saya serahkan kepada Lembaga Displin UMNO untuk melakukan siasatan dakwaan berkenaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai dakwaan untuk melantik calon Presiden, Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen, Ahmad Zahid memberitahu, satu mesyuarat akan dilakuan dalam masa terdekat sebelum 16 Julai ini.

Katanya, mesyuarat berkenaan akan dilakukan bersama dengan parti pembangkang yang lain termasuk Pas.

“Kita akan adakan mesyuarat berkenaan dan akan ditentukan selepas itu. Kita harap ketua pembangkang berkenaan akan menjadi suara kepada wakil rakyat pembangkang,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN