Lelaki sesak nafas akibat kebakaran rumah - Utusan Malaysia

Lelaki sesak nafas akibat kebakaran rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Julai – Seorang lelaki nyaris maut akibat sesak nafas selepas terperangkap dalam kejadian kebakaran di rumahnya di Taman Danau Kota, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.27 petang, mangsa berusia 28 tahun itu berjaya diselamatkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang tiba awal di lokasi kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, kejadian terbabit turut memusnahkan 50 peratus di bahagian ruang tamu rumah teres dua tingkat itu.

“Ketika kejadian, mangsa seorang diri di rumah dan berada di bahagian atas kediaman terbabit.

“Mangsa hanya mengalami sesak nafas sebelum dihantar menggunakan ambulan ke Hospital Kuala Lumpur bagi menerima rawatan,” katanya, di sini hari ini.

Tambah Khirudin, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca kejadian terbabit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN