Lelaki alami masalah rumahtangga ditahan buat laporan palsu - Utusan Malaysia

Lelaki alami masalah rumahtangga ditahan buat laporan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL 19 Julai – Seorang lelaki ditahan polis hari ini kerana membuat laporan palsu mendakwa dia disamun oleh dua lelaki di sebuah perhentian bas di Batu Kikir di sini, semalam.

Lelaki berusia 38 tahun itu mendakwa dihampiri dua suspek menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z ketika menunggu bas bersama isteri dan anak kira-kira pukul 5.40 petang semalam.

Dalam laporan yang dibuat di Balai Polis Batu Kikir pada pukul 6 petang semalam, lelaki terbabit mendakwa dua lelaki itu mengacu pisau dan mengambil dompetnya sehingga berlaku pergelutan sebelum mereka melarikan diri.

Bagaimanapun, hasil soal siasat polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol, lelaki itu mengaku membuat laporan palsu ekoran tertekan selepas isternya memfailkan permohonan cerai fasakh di mahkamah di Seremban baru-baru ini.

Sumber polis memberitahu, lelaki itu ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu.

Dia yang bekerja sendiri mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis methampethamine. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN