KUALA LUMPUR 20 Julai – Cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang bakal berkuat kuasa 1 September ini dilihat mempunyai mekanisme pelaksanaan yang sedikit berbeza dengan SST versi sebelum pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). MOHD. YUSOF Walaupun kerajaan melalui Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sudah menyenaraikan sebanyak 98 kategori meliputi lebih 11,000 barangan yang bakal dikecualikan daripada cukai berkenaan, masih tiada jaminan kenaikan harga tidak akan menghimpit pengguna. Mengulas perkara…










