Lebih 300,000 rakyat Johor nikmati air percuma awal September - Utusan Malaysia

Lebih 300,000 rakyat Johor nikmati air percuma awal September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI – Pemberian air percuma kepada sejumlah isi rumah berpendapatan rendah di negeri ini, akan dilaksanakan bermula awal September depan.

Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian berkata, ini berikutan pelaksanaannya yang melibatkan perbelanjaan RM25 juta setahun sudah diluluskan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri, semalam. 

Menerusi semakan, beliau berkata dianggarkan kira-kira 395,000 rakyat Johor layak menerima pemberian air percuma  berkenaan yang bernilai RM10.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini bermakna kita menepati janji 100 hari,” katanya pada sidang media selepas menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Prasarana Rakyat Johor di sini, hari ini.

Dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas, Pakatan Harapan Johor berjanji memberi 10 meter padu air percuma kepada golongan B40 selain akan memastikan rakyat menikmati bekalan air berkualiti tanpa gangguan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN