Lebih 1,800 kanak-kanak pendatang disatukan dengan keluarga - Utusan Malaysia

Lebih 1,800 kanak-kanak pendatang disatukan dengan keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 27 Julai – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyatakan lebih 1,800 anak pendatang berjaya disatukan semula dengan keluarga mereka.

BBC melaporkan, jumlah itu termasuk 1,442 kanak-kanak disatukan dengan ibu bapa yang ditahan oleh pihak berkuasa AS dan 378 dengan ahli keluarga yang sudah dibebaskan.

Bagaimanapun, lebih 700 kanak-kanak tidak dapat disatukan dengan keluarga mereka termasuk 431 kanak-kanak yang ibu bapa mereka tidak ada di AS.

Kerajaan Trump sebelum ini memisahkan lebih 2,500 kanak-kanak pendatang dengan keluarga mereka susulan tiada dokumen sah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN