PUTRAJAYA 30 Julai – Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik hari ini melancarkan Laporan Tahunan 2017 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Penerbitan Laporan Tahunan 2017 adalah untuk memaklumkan kepada umum mengenai perkembangan pelaksanaan inisiatif pendidikan yang telah dirancang pada tahun tersebut. Beliau dalam ucapannya berkata, PPPM selari dengan matlamat empat pembangunan lestari yang dirangka oleh pihak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco). “Ia dilihat untuk memastikan pendidikan berkualiti yang saksama dan inklusif…










