Laporan Arab Saudi sekat kuota haji Malaysia palsu - Utusan Malaysia

Laporan Arab Saudi sekat kuota haji Malaysia palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Julai – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menafikan laporan sebuah portal berita yang mendakwa kerajaan Arab Saudi telah menyekat atau mengurangkan kuota haji rasmi Malaysia pada tahun ini.

Menurut Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, kuota haji rasmi negara masih kekal sebanyak 30,200 seperti tahun lalu, iaitu sebanyak 0.1 peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia.

“Tabung Haji telah membuat persiapan rapi terutamanya dari segi penginapan di Mekah dan Madinah, penerbangan, pengangkutan, sajian makanan serta penyelarasan tugas dalam usaha untuk memastikan kebajikan jemaah terjamin sepanjang tempoh menunaikan ibadah haji.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Para jemaah juga telah menghadiri Kursus Perdana Haji di seluruh negara bermula minggu lalu bagi meningkatkan tahap pengetahuan jemaah berkaitan ibadah haji, terumanya dari segi praktikal,” katanya dalam sebuah kenyataan di sini hari ini.

Penerbangan pertama haji ke tanah suci akan berlepas pada 14 Julai ini manakala penerbangan terakhir dijadualkan pada 14 Ogos. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN