CHIANG RAI 9 Julai -Kumpulan penyelamat di Thailand telah berjaya mengeluarkan empat mangsa yang terperangkap selama lebih dari dua minggu di Gua Tham Luang , menjadikan kesemuanya lapan dalam operasi kedua hari ini. Seorang saksi Reuters berhampiran gua Tham Luang di wilayah utara Chiang Rai berkata demikian selepas melihat kakitangan perubatan membawa empat mangsa keluar dari gua menuju ke ambulans yang bersedia sepanjang hari. Menurut seorang pegawai tentera laut, remaja kelima telah dibawa keluar awal hari ini manakala tiga lagi dilihat dibawa keluar beberapa jam berikutnya. -REUTERS
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya