Kumulatif kes HFMD meningkat 100.2% - Utusan Malaysia

Kumulatif kes HFMD meningkat 100.2%

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 19 Julai – Jumlah kumulatif kes Penyakit Ta­ngan, Kaki dan Mulut (HFMD) di negeri ini meningkat sebanyak 100.2 peratus untuk tempoh tujuh bulan pertama tahun ini ia­itu hingga semalam berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri, Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri, Dr. Afif Bahardin berkata, jumlah itu melibatkan peningkatan daripada 1,084 kes kepada 2,170 kes secara keseluruhannya.

Terbaharu kata beliau, sebanyak 88 kes HFMD telah direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam iaitu peningkatan yang ketara di negeri ini seperti beberapa hari lalu.

Dr. Afif berkata, bilangan kluster HFMD turut meningkat secara mendadak untuk tempoh yang sama berbanding tahun lepas iaitu sehingga 1,112 peratus.

“Ini (bilangan kluster HFMD) melibatkan peningkatan seba­nyak 89 kes iaitu daripada lapan kes pada tahun lepas kepada 97 kes pada tahun ini,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Afif membe­ritahu, sebanyak 35 buah premis di negeri ini masih ditutup hingga semalam susulan penularan wabak tersebut.

Menurut beliau, daripada jum­lah itu, 11 daripadanya melibatkan tadika, taska (sembilan), pusat jagaan (satu) serta ma­sing-masing tujuh di prasekolah dan sekolah rendah.

Katanya, tujuh sekolah tersebut ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Phor Tay, SJKC Shih Chung, SJKC Sum Sun, SJKC Chong Cheng, Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bakap, SJKC Sum Min 1 dan SK Saujana Indah.

“Daripada tujuh buah sekolah rendah itu, hanya SJKC Shih Chung yang semua kelas­nya masih ditutup sehingga hari ini,” ujar beliau.

Tambahnya, sehingga hari ini juga, hanya tiga pesakit masih dirawat susulan HFMD dengan seorang daripada mereka dirawat di Hospital Pulau Pinang manakala selebihnya menerima rawatan di hospital swasta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN