PULAU PINANG 19 Julai – Jumlah kumulatif kes Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di negeri ini meningkat sebanyak 100.2 peratus untuk tempoh tujuh bulan pertama tahun ini iaitu hingga semalam berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri, Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri, Dr. Afif Bahardin berkata, jumlah itu melibatkan peningkatan daripada 1,084 kes kepada 2,170 kes secara keseluruhannya. Terbaharu kata beliau, sebanyak…










