Kumpulan pertama, kedua jemaah haji berlepas ke Tanah Suci  - Utusan Malaysia

Kumpulan pertama, kedua jemaah haji berlepas ke Tanah Suci 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Kumpulan pertama dan kedua seramai 973 bakal jemaah haji telah selamat berlepas ke Tanah Suci dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kumpulan pertama (KT01) yang terdiri daripada 483 bakal haji berlepas ke Tanah Suci dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines MH8100 pada pukul 5.50 awal pagi tadi.

Kumpulan kedua seramai 490 bakal haji pula berlepas dari KLIA dengan menaiki pesawat Flynas XY5641 pada pukul 9.15 malam ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof berkata, beliau bersyukur proses dokumentasi dan penerbangan kedua-dua kumpulan itu berjalan lancar.

“Saya difahamkan kumpulan pertama bakal haji kita telah selamat sampai di Madinah pada pukul 3.30 petang (waktu Malaysia).

“Bagi kumpulan kedua ini pula, saya diberitahu bahawa segala proses dokumentasi berjalan lancar dan tidak ada sebarang masalah yang timbul,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Mengucapkan Selamat Jalan kepada Jemaah Haji Malaysia ke Tanah Suci untuk Musim Haji 1439/2018 di Kompleks Tabung Haji (TH) Sepang di sini petang tadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN