Kulasegaran mohon maaf atas ucapan kontroversi - Utusan Malaysia

Kulasegaran mohon maaf atas ucapan kontroversi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran hari ini memohon maaf atas ucapan beliau di Nilai minggu lepas yang telah mencetuskan kontroversi di media.

Beliau berkata, ucapan beliau itu telah disalah fahami seolah-olah beliau merujuk perkataan ‘pendatang’ kepada mereka yang permohonan mereka dipulangkan semula kepada pemohon itu.

“Saya dengan ini memohon maaf kepada mereka yang tersinggung dengan perkataan yang telah saya ucapkan itu dan saya menarik balik perkataan yang menyingung perasaan itu.

“Perkataan boleh mempunyai makna yang berbeza-beza jika diucapkan dalam bahasa yang berbeza-beza pula, misalnya apabila saya mengucapkannya dalam bahasa Tamil,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan, beliau bukan seseorang yang suka mencetuskan kontroversi sebelum ini, baik dalam isu perkauman mahupun isu agama dan beliau berikrar akan mempertahankan perlembagaan negara.

Untuk menghentikan perbahasan mengenai ucapan saya di Nilai minggu lepas, maka saya memutuskan untuk memohon maaf dan menarik balik perkataan itu untuk mengelakkan kontroversi ini menjadi lebih buruk,” kata beliau. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN