KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan akan menambah RM2 juta kepada kerajaan negeri bagi pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Sabah pada tahun ini. Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Rina Harun berkata, tambahan dana tersebut adalah untuk projek bina baharu dan membaik pulih rumah PPRT. “Direkodkan, dana PPRT untuk Sabah berbaki RM18 juta daripada RM66 juta yang diperuntukan pada awal tahun ini. “Sehubungan itu, pihak kementerian memutuskan untuk menambah sebanyak…










