JAKARTA 3 Julai – Jumlah penumpang feri KM Lestari yang karam berhampiran pulau Selayar di selatan Sulawesi meningkat kepada sekurang-kurangnya 16 orang termasuk dua kanak-kanak.
Ketua agensi bencana tempatan, Darfian Mukri berkata, kesemua 16 mayat penumpang itu telah ditemukan manakala 39 lagi penumpang berjaya diselamatkan.
Namun pihak berkuasa masih belum menemukan kesemua 139 penumpang yang nama mereka disenaraikan oleh pihak pengurusan feri.
“Pasukan mencari dan menyelamat serta nelayan masih bertungkus lumus untuk menyelamatkan mangsa dalam feri itu,’’ katanya.
Menurut beliau jumlah penumpang yang masih terperangkap dalam feri berkenaan masih tidak diketahui. – AFP










