MELAKA 6 Julai – Ketua Menteri, Adly Zahari hadir memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri dianjurkan Sekolah Menengah Teknik Melaka (SMTM) yang merupakan bekas sekolah beliau di Bukit Piatu di sini pagi ini.
Adly yang pernah belajar di sekolah itu pada tahun 1987 dan 1988 mengambil jurusan Kejuruteraan Mekanikal di SMTM.
Pengetua SMTM, Karim Tumin berkata, kira-kira 2,000 jemputan termasuk ibu bapa pelajar hadir pada majlis ini yang kali pertama disambut secara besar-besaran.
“Pihak sekolah menganjurkan dua acara serentak hari ini iaitu dialog prestasi bersama ibu bapa dan majlis sambutan hari raya.
“Secara kebetulan ketua menteri turut menyatakan kesediaan untuk hadir pada majlis ini yang pastinya meriah dengan penyertaan kira-kira 800 orang pelajar,” katanya ketika ditemui pada majlis itu sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE











