KKM arah jalankan saringan kesihatan di taska, tadika dan prasekolah - Utusan Malaysia

KKM arah jalankan saringan kesihatan di taska, tadika dan prasekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM – Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan guru dan pengendali tadika, taska serta prasekolah agar melakukan saringan kesihatan ke atas kanak-kanak dalam usaha membendung penularan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, arahan itu telah dikeluarkan sejak Isnin lepas bagi memastikan kanak-kanak yang dijangkiti HFMD tidak datang ke premis berkenaan supaya murid lain tidak dijangkiti.

“Selain itu pihak Jabatan Kesihatan Negeri di seluruh negara juga memberi tunjuk ajar kepada guru dan pengendali tadika, taska dan prasekolah bagaimana menjaga kebersihan serta membersihkan tangan dengan cara yang betul supaya kanak-kanak dapat mengamalkannya dalam kehidupan harian mereka terutama mencegah HFMD.

“Penyakit HFMD ini adalah berpunca daripada masalah penjagaan kebersihan diri dan sebab itu kami mahu semua kanak-kanak tahu cara jaga kesihatan supaya dapat membendung penularan kes berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Gotong-Royong Mega 1.0 Perangi Aedes Peringkat Pulau Pinang di Taman Pauh Indah di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin dan Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr. Wan Mansor Hamzah. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN