Khianat bilik disiplin dan kaunseling sekolah dengan ‘bom’ mercun - Utusan Malaysia

Khianat bilik disiplin dan kaunseling sekolah dengan ‘bom’ mercun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 19 Julai – Angkara perbuatan khianat, tingkap bilik disiplin dan kaunseling sebuah sekolah menengah di Penambang di sini rosak teruk dilempar ‘bom’ buatan sendiri dipercayai menggunakan mercun bola, hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 11 pagi apabila sekolah tersebut digemparkan dengan bunyi letupan kuat dari belakang dua bilik berkenaan.

Seorang guru lelaki berkata, semasa kejadian dia berada di bangunan berhampiran dan terkejut mendengar bunyi letupan kuat diikuti dengan asap berkepul-kepul dari arah belakang blok sekolah.

“Semasa kejadian ada enam guru dalam kedua-dua bilik itu. Akibat letupan, tingkap kaca pecah dan bertaburan.

“Kami segera menghubungi pihak polis bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Difahamkan, bom buatan sendiri berkenaan dilempar dari jalan raya di luar pagar sekolah yang kebetulan terletak berhampiran dengan dua bilik tersebut.

Pihak polis yang menjalankan siasatan turut menemui serpihan plastik mercun bola di lokasi kejadian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN