KUALA LUMPUR 26 Julai – Kerajaan perlu mencalonkan barisan individu yang setaraf atau yang lebih baik bagi menggantikan sembilan ahli lembaga pengarah, Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) yang telah meletakkan jawatan. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, peletakan jawatan itu tidak disenangi pihak pembangkang kerana kesemua ahli lembaga pengarah itu telah berkhidmat dengan cemerlang dan menyumbang kepada kejayaan syarikat. “Walaupun peletakan jawatan itu dilihat akan membuka peluang kenaikan…










