SHAH ALAM 4 Julai – Mayat bayi berusia lima bulan, Adam Rayqal Mohd. Sudi Naeif yang ditemukan di dalam peti sejuk di rumah pengasuhnya di Gombak semalam mempunyai kesan retak dan pendarahan dalam di bahagian kepala. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, perkara itu disahkan oleh pakar forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang menjalankan bedah siasat ke atas mangsa, hari ini. “Doktor forensik turut mengesahkan…










