Kereta juga dikenakan SST - Utusan Malaysia

Kereta juga dikenakan SST

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Julai – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa kenderaan penumpang bermotor tidak akan dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebaik sahaja cukai tersebut mula dikuatkuasakan semula pada 1 September depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri T. Subromaniam berkata, beberapa pihak telah tersalah tafsir senarai cadangan barangan dikecualikan cukai yang telah dimuatnaik ke portal rasmi JKDM bermula hari ini.

Jelas beliau, kenderaan penumpang sememangnya dicadang untuk dikenakan cukai jualan.

“Barang yang dikecualikan daripada cukai jualan dalam senarai tersebut hanya merujuk kepada komponen terurai bagi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) sahaja.

“Apabila kenderaan siap dipasang daripada komponen CKD yang diimport, kenderaan yang telah siap itu tertakluk kepada cukai jualan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN